Home

Tuesday 30 September 2014

Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya

Sungguh nikmatnya apabila dapat hidup didalam hidayah Allah. Jika dulu, sebelum dapat mengecapi hidayah dari Allah, sering kali hati ini merasa resah dan gelisah. Ada sahaja kebimbangan yang membelenggu hati. Semakin lama melayari bahtera dakwah bersama duat, semakin banyak yang aku pelajari, dan semakin banyak tarbiyah yang aku terima. Didalam saff dakwah ini, aku banyak mempelajari cara untuk berhadapan dengan manusia, baik dari segi menjadi seorang penasihat, guru atau pun tempat  ikhwah melepaskan tension. Dengan ini juga, aku dapat mempelajari physiology manusia, dan sedikit sebanyak dapat mentarbiyah diriku.


Aku seorang yang mudah marah dan panas baran. Ni bukan aku cakap,tapi ikhwah yang cakap. Tapi, Allah Maha Hebat. Allah datangkan pada aku ikhwah2 yang mempunyai sifat macam aku untuk aku kendalikan.Akhirnya, aku mampu mengawal kemarahan dan banyak bersabar dengan kelakuan ikhwah2. Begitulah cara Allah mentarbiyah kita.


Ada juga sesetengah ikhwah yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat. Jadi, Allah datangkan kepada mereka ikhwah2 dan kawan2 yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat juga. Apa tujuannya? Supaya mereka boleh memperbaiki kelakuan meraka apabila mereka berasa tertekan bila berhadapan dengan orang sebegini. Dan akhirnya, mereka boleh berlapang dada dan menjauhi perdebatan.
Begitula cara Allah mentarbiyah kita.

Kita akan didatangkan oleh Allah orang2 yang mempunyai kelakuan-kelakuan yang buruk seperti yang kita ada. Kita akan terus diuji oleh Allah dengan kelakuan mereka sehingga jelas oleh Allah kita boleh merubah sikap kita. Selagi kita tak berubah, kita akan terus diuji.  Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya...Jangan suka menyalahkan orang lain, kerana, kita juga berkelakuan seperti mereka...Jadi, berubahlah !!

Saturday 27 September 2014

Baru Ku Tahu....

Genap sudah 7 bulan aku menamatkan pelajaran sambil memegang segulung ijazah. Keletihan menanggung beban pelajaran berakhir sudah. Bermula episod baru selaku seorang siswazah untuk berbakti kepada masyarakat. Dulu, ketika masih belajar, aku lihat, sungguh ramai ikhwah dan akhwat yg gugur di tengah jalan (bukan kena langgar or kemalangan, tapi futur dari dakwah), rata2 berpunca dari bebanan kerja dan desakan keluarga.. Terlintas juga difikiran aku ni, " ape lah Akh fulan tu, tu pon tak boleh nak lari ke dari kerja. bagi alasan yg kerja banyak sangat la, tak dapat cuti la, alasan tak syarie' langsung..Kan dakwah lagi penting !! "... " apalah masalah akh B ni, tak kan dakwah family tak settle lagi kot..kan dah susah nak pg program dakwah.. suruh je dia duduk jauh dari family..kan senang.." ....


Ini antara pandangan aku sebagai seorang pelajar dulu terhadap ikhwah/akhwat yang sudah berkerja dan berkeluarga.. Sekarang, baru ku tahu.. Alam pelajar dan bekerja memang berbeza dan banyak cabaran.. Selepas tamat belajar, bermulalah episod pencarian kerja yang sesuai.. sekarang ni, dah la zaman susah nak cari kerja..lagi2 kerja yg sesuai dan mudah supaya dapat komitmen dgn dakwah..lagi susah nak cari.. 3-5 bulan pertama selepas graduat, adalah waktu yg paling kritikal sekali terutama dari sudut kewangan. Kalau dulu, ada la duit sikit baik dari PTPTpu, JPA,MARA dll..tapi lps grad, duit nak cekau mane???..kalau x bersedia dari awal, sure gugur punyo... Alhamdulillah, atas perancangan yg rapi sebelum grad, aku dapat juga kumpulkan duit untuk menampung perbelanjaan selama 4 bulan selepas grad.. Syukur pada Allah sebab bagi idea untuk kumpul duit..

Kalau sesetengah ikh/akhwt yg tak da masalah dgn kewangan, mereka mungkin akan ada msalah dengan keluarga.. " kau ni dah habis belajar, bila lagi nak bagi mama duit? mama nak juga rasa duit kau..ni tak, asyik mama dan papa je yang bagi kau duit.."... "ni skng dah habis belajar, cari kerja dekat kawasan rumah je..jgn pergi jauh2 lagi..dah la dulu kau belajar sampai kat perlis tu, kerja pon x kan nak cari jauh2 lagi.."..lagi kesian kalau..." awak tak kesian kat mak dan abah ke? abah ni selalu sakit, awak kerja jauh..kalau jadi ape2 pada abah mcm mane? sape nak uruskan?"..waaaa..tension nyeeee...

Itulah dilema yang dihadapi oleh ikhwah/akhwat yg dah grad... Itu yang sedang aku alami sekarang ni... Tapi x pe..aku relex je.. Tapi aku kesian dgn ikhwh/akhwt yg x mampu utk bertahan.. Nasihat aku kepada mereka yg masih belajar tu, alam pelajar tidak sama dgn alam bekerja.. alam pelajar adalah persediaan utk kita berhadapan ke alam pekerjaan dan ke masyarakat.. Jadi,bersedialah dari sekarang baik dari sudut kewangan ataupon mental kalian.. Kalian akan mendapat tekanan yg sangat berat kalau tidak bersedia dari sekarang....

Thursday 25 September 2014

CINTA ....Proaktif atau Reaktif ???

Cinta, satu persoalan yang sering menghantui semua orang. Adakah cinta yang diterima atau yang diberi betul-betul suci dan ikhlas? Kadang-kadang aku melihat, kawan2 yg telah bercinta sgt lama, tapi akhirnya putus apabila pernikahan bakal berlangsung. Tak kurang juga, ada juga sahabat yang telah menikah, tetapi usia pernikahannya tidak dpt bertahan lama. Kenapa semua ini berlaku? Adakah mereka sudah bosan bercinta? ataupun, tiada lagi perasaan cinta yg ingin dipersembahkan?




Proaktif Atau Reaktif ?

Cinta, apakah ia subuah proaktif atau reaktif? apa itu proaktif ? Apa itu reaktif?
"saya sudah tiada perasaan kepada isteri saya lagi" kata abu
"awaak ada berapa anak?" tanya Dr.Love
"2 org" balas abu
"jadi, Cintailah dia" jawab Dr.Love
" tapi, saya tidak cintakan dia lagi, perhubungan kami hambar" keluh abu
"jadi, CINTAI lah dia" jawab Dr.Love sekali lagi.."Kita kena buat segala pengorbanan untuk menyintai dia, Kita berusaha mendatangkan kembali bibit2 cinta kepada isteri kita, itu dinamakan PROAKTIF. " ulas Dr.Love.


PROAKTIF ialah, kita perlu berusaha untuk menyintai dan melakukan segala pengorbanan untuk menyintai dan meraih semula cinta.

Manakala, REAKTIF adalah suatu tindak balas yang berlaku berdasarkan suasana sekeliling kita.
"Mat, lawa lah awek tu, aku rasa seperti aku dah jatuh cinta pada dia" kata seekor buayadarat.
Dari mata turun ke hati, itu lah yang dipanggil REAKTIF.
REAKTIF adalah perasaan yang hadir kerana ada unsur persekitaran yang merangsang.


Baiti Jannati Atau Baiti Narr ?



Cinta yang tidak ikhlas akan mendatangkan bencana. Lain yang diharapkan, lain yang kita dapat. Rumah ku syurga ku yang kita harapkan, tapi Rumah Ku Neraka Ku yang kita dapat. Bagaimana ingin dilakukan lagi, jika pernikahan yang diidamkan jika tiada lagi perasaan cinta terhadap pasangan masing2. Lebih malang lagi, jika perkahwinan itu adalah perkahwinan paksaan. Si perempuan terpaksa menerima Si lelaki kerana ingin menjaga perasaan org yang telah menjodohkan mereka dengan alasan mereka itu lebih sekufu (sefikrah). Terpaksa menerima dan terpaksa menjaga hati org lain akan menyebabkan rumahtangga yang terbina akan binasa. Tiada kejujuran didalam pernikahan, itu puncanya sebuah pergolakan.

Gejala penceraian yang berlaku pada golongan 40-an merupakan kesan daripada lunturnya rasa cinta didalam diri pasangan. Si suami mengharapkan cinta sentiasa segar sama seperti baru kahwin, tapi si isteri pulak sibuk melayan anak-anak yang sedang membesar dan banyak berkawan dengan mereka. Semakin lama usia perkahwinan, persoalan cinta dan kasih sayang merupakan punca sesebuah rumah tangga menjadi Baitil Jannati (rumah ku syurga ku) atau Baiti Narr (rumah ku neraka ku).

Akhirnya, si Suami mendapatkan cinta diluar. Cinta kepada si gadis jelita dan masih anak dara. Semua permalasalan ini perlu ditangani jika bakal berlaku kepada kita. Belajar memahami pasangan dan belajar mencintai semula pasangan. Jika dahulu, kita mampu mengorbankan segalanya untuk mendapat cinta pasangan, tapi, kenapa tidak kini lagi. Kesimpulan,CINTAILAH pasangan kita. Tambatlah hati pasangan kita seperti mana ketika kita cuba untuk mendapatkan cintanya dahulu...... 

Excellence without SOUL...


Excellence without SOUL adalah sebuah buku yang telah ditulis Harry Lewis. Beliau adalah seorang professor di Harvard University selama 30 tahun dan seorang dekan fakulti selama 8 tahun. Sape yang tidak kenal dgn Harvard Uni. Sebuah universiti yg tua, hebat, dan hanya org2 yg bijak sahaja layak utk menjejakkan kaki utk belajar di sini. Buku ini di tulis berdasarkan pengalaman beliau memerhatikan pelajar2 dan bekas pelajar Harvard universiti ini. Excellence without soul ataupun kejayaan tanpa tarbiyah ruhiyah.

Apa yg ingin di beritahu oleh Harry adalah berkenaan dengan subuah universiti yang hebat tetapi GAGAL melahirkan pelajar yang mampu membantu membangunkan modal insan dan hanya mementingkan diri sendiri. Excellence without soul, How a great university forgot education.....

Cuba kita lihat dalam konteks universiti di malaysia.. ape yg telah berlaku kepada semua mahasiswa dan pensyarah di malaysia.. Berlumba-lumba untuk menghasilkan journal yang ada high impact dan level international. tetapi, apa manfaatnya untuk rakyat malaysia dan umat islam khususnya? apa manfaat nya buat journal, tp yg dapat nama hanya mereka, UMAT DAPAT APE?

Inilah kesan kejayaan yang dicapai tetapi tidak punya ruh dan 'izzah dgn islam. Hanya mementingkan diri sendiri..biasalah, nak kejar jawatan professor, professor madya dan nk naik pangkat dengan cepat..Semua itu adalah kejayaan peribadi dan mementingkan diri sendiri. Umat bukan nya dapt ape pon dari research yg mereka buat.

Excellence without soul = tarbiyah ruhiyah


Tarbiyah ruhiyah merupakan element yg sgt penting pd semua org. Dengan tarbiyah ruhiyah ini, kita akan merasakan diri ini kerdil dan lemah, serta merasakan penghambaan kepada Allah tuhan sekalian alam. Jiwa yg kuat dapat mengawal segala tingkah laku kita. Yang paling penting, dgn tarbiyah ruhiyah ini, kita merasakan segala yg kita lakukan adalah untuk menegakkan agama Allah dan membantu ummat..Bukan pentingkan diri sendiri.. Hasil daripada analisis Harry Lewis terhadap alumni Harvard Uni, ia mendapati, kebanyakan alumni ini mengalami masalah tekan jiwa dan kebanyakan daripada mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Semua ini adalah disebabkan mereka tiada kekuatan jiwa. Kepada semua, teruslah berkhidmat untuk ummat islam, sumbangkan segala penyelidikan kalian untuk membantu islam, jgn pentingkan diri sendiri...

Wednesday 24 September 2014

Aku Tidak Layak.......

   Mengimbau kembali kenangan waktu mula-mula di tarbiyah dulu.. kenapa aku yang dipilih untuk menerima tanggungjawab sebagai pendakwah. Padahal aku adalah manusia yang sering melakukan maksiat kepada-NYA. Sepatutnya, jalan ini dipikul oleh orang-orang yang suci je. Adakah ini merupakan salah satu cara yang Allah ilhamkan pada aku supaya mudah aku menebus segala dosa-dosa aku ? ini lah perkara yang 

sering bermain difikiran aku. Kalau keluar dari dakwah, sape pulak nak tarbiyah aku? Makin teruk la aku nanti.. silap-silap jadi setan aku nanti.

  Tapi kenapa masih ada lagi orang yang sudah duduk dalam tarbiyah ni tetapi masih boleh meninggalkan dakwah ini tanpa memikirkan apa natijah yang akan  berlaku pada diri mereka nanti. Kadang-kadang sedih juga hati ini memikirkan berapa ramai yang gugur dimedan dakwah ini. Gugurnya mereka bukan kerana ditekan oleh pemerintah, ditangkap oleh CIA dan dihukum, tetapi , mereka gugur adalah disebabkan perasaan ‘inferiority complex’ ataupun rasa rendah diri. Rasa rendah diri bukan sebab tawadu’, tetapi, rasa diri tidak layak dan rasa diri terlalu hina dan kotor. Mereka bukannya tidak tahu, dan telah diberitahu banyak kali bahawa disebabkan kita ini terlalu banyak buat dosa dan bermaksiatlah kita kena duduk dalam tarbiyah dan ditarbiyah oleh murobbi dan naqib kita. Bukannya mengambil jalan pintas dengan melarikan diri dan mengasingkan diri dari jalan ini. Sebenarnya , orang yang tidak duduk dalam tarbiyahlah yang merupakan orang yang paling layak dan imannya terlalu hebat.  Nak buat macam mana, syaitan memang bijak. Kalau boleh diberi gelaran kerana sudah terlalu lama mengenali dan menyesatkan manusia,  sudah pasti si syaitan mempunyai beribu dan berjuta gelaran Phd,master,degree dan diploma.  Mereka memang pakar menyesatkan manusia dari jalan Allah ini.

" kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari
kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka
bersyukur (taat)."(QS: al-a’raf: 17)


"dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak),
lalu mereka benar-benar memotongnya[351], dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan
Allah), lalu benar-benar mereka meubahnya[352]." Barangsiapa yang menjadikan syaitan
menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."
(QS: an-nisa: 119)


Kedua-dua ayat diatas mengambarkan yang syaitan ini kan terus menyesatkan manusia. Tetapi, untuk para pendakwah, syaitan yang akan datang kepada mereka adalah syaitan yang mungkin memegang gelaran ‘master’ atau ‘Phd’.  Jika masyarakat umum,syaitan yang akan melalaikan mereka mungkin dari golongan ‘prebet’ saje kot. Sedarlah wahai sahabatku sekalian, syaitan itu bijak dan mereka bijak dalam menyesatkan manusia. Kita harus tahu apa kelemahan kita yang dengan mudah untuk syaitan menggoda kita. Kita harus mengenali diri kita dimana kelemahan kita. Sebagai contoh, jika seorang ikhwah boleh tergugat imannya dengan memandang kepada akhawat, sudah pasti , itu lah titik kelemahan nya. Jika seseorang akhawat mudah
terguris dengan teguran oleh akhawat lain disebabkan perlakuannya ataupun teruknya ‘mutaba’ah ibadahnya’, sudah pasti,itu juga merupakan titik kelemahannya. Itulah sebabnya kita harus tahu apakah cara untuk menangkis segala perasaan atau lintasan hati yang tidak baik itu dengan ber”ta’awuz” seperti yang difirmankan
oleh allah dalam quran.  "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah
kepada Allah (membaca A'udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim)"(al-a'raf:200).



Ingatlah, hanya itu sahaja cara kita berlindung dari godaan syaitan jika kita sering mengalami lintasan hati berupa memikirkan perkara maksiat, perasaan yang jahat dan perasaan ingin meninggalkan jalan dakwah ini.
Ber”ta’awuz”lah ya akhi wa ukhti.

KATA DAH BERUBAH ?? TAPI TAK MASIH TERUK....

"dah solat lum?" aku bertanya adik perempuan ku Hurul,

"belomm" dengan selamba dijawab oleh  Hurul.
"dah pukul berapa ni ? pergi solat !! jap lagi aku letup tv tu". aku memarahi Hurul.
mama hanya memandang dari dapur perbuatan aku terhadap adikku Hurul.

"ni sorang lagi, malam2 keluar, siang tersadai depan tv. Pergi solat!! dengan kau pon aku libas nanti". aku memarahi seorang lagi adik lelaki aku, Omi.

"kau ni along, cuba cakap elok2 dengan adik-adik, " mama menegurku. " kau cakap kau dah berubah, tapi mama tengok kau ni macam dulu lagi, cakap tak pernah nak sopan, asyik buat orang sakit hati je, jangan ingat kau dah cukup baik sangat sampai kau nak hina adik2." sambung mama lagi. Perkataan 'kau' memang sudah biasa digunakan kami di rumah, nak buat macam mane, mama orang melaka, kasar sikit bahasa nya, tapi mama orang yang lembut.

Aku tersentak dengan kata2 mama tadi. Sedikit sebanyak ia telah membuatkan ku terdiam berfikir sejenak. Apakah tarbiyah yang ku terima selama ini sia-sia? Bukan sekali aku di tegur, bahkan banyak kali.

"akhi, ana lihat anta ni, kalau cakap dengan ikhwah, kasar sangat. Nanti ikhwah kecik hati pulak" tegur akhi zainal......

    kalau diikutkan hati ni, nak je aku keluar halaqah, asyik kena tegur je dengan ikhwah dan family. Rasa diri ni tak layak dan hina pulak dengan teguran mereka. Aku takut, kalau aku terus duduk dalam dakwah ni, nanti aku akan membawa budaya yang tidak baik kepada semua ikhwah. Itu lah perasaan yang sering bermain difikiran aku tiap kali ditegur.

"kau ni hanya pandai tegur orang je, tapi diri sendiri masih teruk" tegur seorang classmate kepada aku. Wah, makin berapi hati ni.

    Usai solat zuhor, aku duduk bermuhasabah diri di surau kolej ku.Teringat tazkirah seorang akh yang menceritakan kisah amirul mukminin Umar al khattab.(ceritanya lebih kurang macam ni lah. tak tepat sangat) ..Pada suatu hari, apa bila Umar sedang berjalan melihat rakyatnya, tetiba, ada seseorang yang menegur Umar dgn berkata, "bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Umar". Seorang sahabat yang mengiringi Umar bingkas marah dengan sikap orang tu yang sungguh berani menegur Umar sebegitu. Lantas dia meminta kepada Umar untuk memancung orang tersebut. Umar lantas memarahi semula sahabatnya itu dan membenarkan kata-kata orang yang menegurnya itu. Umar mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menegurnya tadi.
 
    Ini lah sikap seorang amirul mukminin ,apabila ditegur tatkala tidak melakukan apa2 kesalahan, dia menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Bahkan boleh lagi memaafkan  orang tersebut. Ini lah sikap yang ingin kita terapkan kepada semua orang yang telah ditarbiyah dengan tarbiyah islam. Sikap berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka ini yang islam ajarkan kepada kita.

    Jangan mudah melatah apabila ditegur walaupun kita memang tidak melakukan apa2 kesalahan. Cuba kita muhasabah kembali diri kita, tanpa teguran yang dilakukan, sudah pasti banyak kesilapan-kesilapan yang akan kita lakukan. Segala teguran yang kita dapat dari seseorang mengambarkan dia sayangkan kita. Berfikir secara positiflah terhadap teguran tersebut.

   Apa yang aku alami tidak mematahkan semangatku untuk terus berdakwah terutama sekali kepada keluarga ku. Adapun sikap mereka tidak menerima dakwahku bukan disebabkan oleh mereka sendiri, tetapi, ia disebabkan oleh aku yang terlalu cepat ingin meraih hasilnya. Sikap tegas dan garangku adalah kerana aku ingin cepat melihat mereka menerima tarbiyah islam. Itu merupakan cara yang bagi ku tidak tepat terhadap keluargaku. Bagi ku, ini merupakan suatu kebaikan kepada ku untuk aku terus berdakwah kepada keluarga ku dengan kesabaran dan penuh hikmah. Dengan sedikit kesabaran ku ini, aku berjaya untuk menarik seorang adik ku untuk menerima tarbiyah dan dia sedia untuk berubah. Aku masih ada 4 orang adik lagi yang wajib aku dakwahi. Doakan kejayaan berdakwah kepada keluargaku ini.

alif lamm mim raa...ALMARI ?

ketika di Matrikulasi n9 dahulu...........


Hazim baru pulang dari kuliah. Tapi dia agak pelik sikit hari ni. Masuk-masuk bilik je, terus tersengeh macam kerang busuk.
"apahal kau tersengeh-sengeh ni zim?"aku menyapa hazim.
"tadi aku ada kelas pendidikan islam. Biasalah, 2 minggu sekali, 3 orang pelajar kena mengaji depan ustaz Nasir."luah Hazim sambil tersengeh-sengeh lagi.
"la tak kan kena mengaji pun ko nak tersengeh-sengeh?" tanya aku kebingunggan.
"bukan sebab tu la... td ada seorang budak perempuan kena mengaji.. alif lamm miim raa. kau ingat dia baca ape?"tanya Hazim kepada aku... "mana la ku tau.."jawab aku..
"dia sebut ALMARI..haha memang sengal la budak tu" jelas Hazim sambil tergelak besar.
aku menelan air liur.." kalau aku baca agaknya sebut ape ye?" aku bermonolog seorang diri. Tapi disebabkan nak cover yang aku pun x tahu baca quran, aku pun gelak sekali.haha....

"ada x budak lain sebut MEJA ke, KERUSI ke atau Cawan? haha.. bodoh giler budak perempuan tu. Ni mesti x pernah mengaji ni" aku gelak sambil terguling-guling....

Dah puas kami gelak, aku tanya Hazim. "apasal pulak ustaz tu suruh mengaji? ada ujian mengaji ke?" ..aku ketakutan sebab aku sudah lama berhenti mengaji. Majlis membaca Surah Yasin pada hari Khamis pun aku x pergi baca, ni kan nak baca quran. Tak pernah terfikir dikepala hotak aku.

"memang kena mengaji pun dan nanti akan ada test mengaji. Kau mungkin kena semester depan sebab kau tak ambik pendidikan islam semester ni" Hazim menjelaskan kepada aku...perghhh, selamat aku semester depan. kalau x, sure malu giler aku. sempat belajar lagi ni..

"agaknya, semester depan,mesti ada lagi budak baca ALMARI, silap-silap dia baca ALTROMEN...haha" sambung Hazim sambil gelak.. aku hanya mampu tumpang gelak sekali sambil memikirkan nasib diri ku ini...
..............................................................................................................................
"Mat, aku nak mintak tolong ni. Tapi malu pulak" aku memintak pertolongan roommate aku yang sorang lagi. Mat ni budak surau dan selalu ajak aku pergi surau. Soleh la nampaknya.
"nak tolong ape? boleh je, jgn risau" sambut Mat.
"aku,aku..... nak mintak tolong kau ajarkan aku baca quran. Aku dah lama berhenti baca quran..Ada lah 5 tahun kot aku x baca langsung quran.. semester depan ada test quran, aku takut aku x dapat baca, sure malu giler aku depan awek2 solehah kat kuliah aku punya..haha" terang aku pada Mat.
"bukan ke dulu kau pernah sekolah agama dari form 1-3?" tanya Mat.. aku hanya mampu tersenyum dengan senyuman tersipu-sipu bak seorang gadis...
"la..tu je? InsyaAllah boleh. nanti kau ingatkan aku..takut lupa" terang Mat.
"ok bro"..

Itulah kenangan aku di Matrikulasi N9 dulu.. hampir setiap hari aku belajar mengaji quran dengan Mat. Kalau dia busy, Mat mintak aku belajar dengan kawan baik dia yang merangkap imam surau kolej kami. Asalnya belajar sebab nak test, tapi akhirnya, jadi seronok pulak mengaji ni. Walaupun lidah ni keras, tapi aku terus mencuba sampai boleh. Ada kala aku menangis sebab mengenangkan nasib diriku ini ketika membaca quran. Bukan sebab paham dengan quran, tapi sebab susah nak sebut huruf quran...

Tibalah saat kelas pendidikan islam semester berikutnya.. Aku bersyukur sebab, ustaz yang aku dapat ni, tak suruh kami baca quran depan kelas, tapi baca secara personal kat bilik dia. Tak da lah aku malu dengan budak perempuan kelas aku..haha

"awak sekolah mana? ada belajar tajwid?" tanya ustaz sewaktu ujian mengaji depan dia..
"sekolah teknik di kampung. belajar tajwid yang mudah2 je" terang aku nak selamatkan diri. Kalau aku bagi tau yang aku pernah sekolah agama, dia bagi ayat2 yang susah nak baca. lepas tu, sure tanya soalan tajwid yang pelik-pelik punya.. helah nak selamatkan diri...haha
..Akhirnya, aku lepas ujian dengan bangganya...

Tapi, pelajaran ku tidak terhenti untuk ujian quran di matrikulasi sahaja. Aku semakin mencintai untuk mempelajari quran. Aku memasang tekad untuk terus mempelajari quran. Antara usaha yang aku lakukan seperti membeli CD tajwid quran. aku belajr sendiri2 sambil bertalaqi dengan CD shj.

Aku menerima tawaran menyambungkan pelajaran di sebuah Universiti tersohor di selatan malaysia. Aku terus memasang tekad untuk menghadiri mana2 kelas tajwid untuk memperdalamkan lagi bacaan aku dan sempat bertalaqi dengan beberapa ustaz selama setahun. Akhirnya, aku mampu membaca sendiri dan sekarang ini, aku sudah berani untuk mengajar beberapa orang sahabat dan junior aku. Walaupun aku tak lah pandai mana nak baca, tapi sekurang-kurangnya, aku berusaha nak mengajar orang dengan ilmu yang aku pelajari. Kalau aku boleh buat, kenapa orang lain tak boleh buat? Sia-sia lah belajar quran, tapi tak nak ajar orang lain. Kalian akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Berapa ramai budak Universiti yang tak tahu baca quran. Mereka semua malu. Kitalah yang kena mencari mereka untuk mengajar mereka. Jangan terlalu ego dengan diri kita ni. "ala, kalu dia nak belajar, dia lah yang kena datang kepada aku.. bukan aku yang datang kepada dia.."bentak seorang sahabat sekolah agama.


Aku akan meneruskan usaha ini dan aku akan memberitahu kepada mereka bahawa membaca quran amat menyeronokkan dan menenangkan jiwa. Alangkah indahnya apabila semua orang tahu, Al-quran merupakan tempat memperoleh ketenangan. Alangkah indahnya, mereka juga mengetahui, Al-quran mampu memberikan penyelesaian apabila kita memerlukan..


wassalam..
24 jun 2010
7.34 am

SURAT SEORANG MUROBBI...

assalamualaikum...


Kehadapan ikhwah yg ana kasihi sekalian. Surat ini ana tujukan kepada antum selaku teman seperjuangan ana amnya, dan sebagai mutarobbi ana khususnya. Tujuan ana menulis surat ini adalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ana selama ini. Ana harap antum tidak terguris hati atas apa yang akan perkatakan ini. Ana bukanlah orang yang layak untuk menasihati antum kerana ana juga sering melakukan kesilapan, tapi ,ana perlu juga menyatakannya selaku seorang murobbi.

akhiku....

Ana bersyukur kerana kita masih lagi dipertautkan hati oleh Allah diatas jalan ini.Ukhwah yg terbina atas taqwa dan iman ini telah banyak membantu dan mengajar ana erti mengenal Allah.Tapi akhi, Semakin lama kita berada dijalan ini, semakin banyak kita akan diuji. Sebagai seorang muslim, itulah yang akan kita harungi. Itulah sunnahtullah. Kita pasti akan diuji. Ada kalanya kita akan diuji dengan pelbagainya sikap ikhwah. Ada juga akan diuji dari sudut akademik, dan tidak kurang juga diuji dengan kemewahan. 

akhi yg ana sayangi...

Ana rasa sangat sedih dengan sikap antum. Ana menghabiskan masa ana untuk bersama-sama mentarbiyah antum. Tapi, ana lihat antum semacam tidak bersungguh-sungguh pula untuk ditarbiyah. Ana bukan mahu menggungkit semua yang telah ana beri, tetapi, ana rasa macam sia-sia je yg ana buat untuk antum. Ana tahu ana bukanlah seorang murobbi yang terbaik untuk antum. Sememangnya ana tidak layak untuk mentarbiyah antum, tapi, antum adalah amanah yang telah ikhwah serahkan kepada ana untuk ditarbiyah. Dimanakah silapnya? Jika ana yang silap, Maafkan ana.

Teguran ana ini ana dasarnya dan bukannya semberono je. Cuba antum ingat kembali apa tugasan yang ana bagi pada waktu cuti semester lepas. Ada antum buat? Tugasan yang ana bagi adalah sangat mudah. Cuma perlu sms pada ana Mutaba'ah ibadah (follow-up ibadah) yang antum buat. sms kurang dari 5 sen je. bermacam-macam alasan diberi. Tiada kredit la, hp rosak la dan byk lagi. Bila ana msg antum, sorang pon tiada yang respon. Ana msg tanya antum bile balik kampus, antum tak jawab. ana tanya bilik antum dimana, antum tak balas, ana call, antum tak angkat. Kenapa akhi, apa sebenarnya masalah antum? Orang yang ditarbiyah sepatutnya tidak akan memberikan banyak masalah kepada ikhwah lain. Tapi antum macam sengaja memberi masalah kepada ikhwah.

ikhwah fillah sekalian....

Kita sudah berukhwah sangat lama. Sering tidur, makan dan bermusafir bersama. Sudah bertahun-tahun kita berukhwah. Tapi, kenapa apabila ada orang menyebarkan fitnah terhadap ikhwah kita, terhadap jalan yang kita ikut bersama-sama ini, antum terus sahaja percaya tanpa tabayyun (analisis dan pastikan) dahulu. Padahal antum baru sahaja mengenali orang tersebut. Kenapa akhi ????? Seolah-olah antum menganggap kami ini hina sehina-hinanya...

Jalan dakwah ini memerlukan orang yang berkomitmen. Orang yang bersedia untuk korbankan diri, masa, jiwa dan harta untuk menegakkan kalimah tauhid. Antum berada didalam soff ini adalah hidayah dari Allah. Setiap zarah tidak akan bergerak, melainkan atas perintah Allah. Begitu juga antum, dipilih untuk berada di soff ini atas kehendak Allah. Pasti ada kelebihan yang ada pada antum yang Allah nak antum bantu dakwah.

Jika antum tidak mampu untuk meletakkan komitmen kepada dakwah 100%. Letaklah berapa yg antum mampu. Yang penting, antum sudi bantu dakwah. Dakwah ini bukannya tempat yang ekslusif, tempat orang yang terpilih sahaja, tapi , ia sebuah jamaah yang inklusif. Semua orang layak masuk untuk menyertainya.


Akhir kata dari ana akhi, antum kena kuatkan semangat antum. Jangan sesekali berasa lemah disebabkan ujian2 yang kita boleh hadapinya. Ana harap antum boleh tsabat dijalan ini. wallahua'lam....


yang benar,

lagenda cuculebai

Anak Halaqah ku Terbang lagi....

ermm.. Cuti semester baru sahaja melabuhkan tirainya . Ikhwah dan akhwat baru 2 minggu memulakan semester baru mereka. Ada yang datang dengan azam baru, dan ada yang datang tanpa matlamat dan tujuan yang ingin dicapai untuk semester ini. Kepada ikhwah dan akhwat yang telah mendapat result semester lepas yang tidak memberansangkan, sudah pasti mereka akan berusaha untuk meningkatkannya. Kepada yang telah memperolehi result yang baik semester lepas, sudah pasti juga, mereka akan memastikan result mereka tidak jatuh.


Cuti semester cukup-cukup memberikan ujian yang sangat hebat kepada ikhwah dan akhwat. Ujian yang dihadapi oleh mereka tidaklah sehebat ujian yang dialami oleh Bilal b Rabah yang bertarung nyawa untuk mempertahankan islam.Tapi, Ikhwah kita hanya diuji dengan result/pointer yang jatuh,dan family menghalang sahaja. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan mereka meninggalkan nikmat tarbiyah. Itu lah kualiti umat islam pada zaman ini, terlalu lemah sehinggakan baru diuji dgn akademik dan keluarga sudah sanggup utk meninggalkan dakwah.

Seperti semester2 sebelum ini, kali ini anak halaqah ku sudah tiga orang menarik diri dari menyertai halaqah. Aku tidak tahu lagi apa nak buat dgn mereka ini, sudah dipujuk, tapi mereka masih tegar dgn keputusan mereka. Aku hanya mampu mendoakan kebaikan mereka dan mengharapkan mereka tidak akan terus tersesat. Sebagai seorang murobbi mereka, sudah pasti aku rasa sedih, tapi apa blh buat, mereka yang memilih utk keluar.

Aku mengharapkan Allah akan mengantikan mereka dgn anak halaqah ku yg lagi ramai utk semester ini...

INATEX 2010...pencapaian


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kami telah dianugerahkan kemenangan. 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Usaha selama ini bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini utk pertandingan INATEX terbalas juga. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Dato NC. selepas majlis penyampaian hadiah, Dato NC terus pergi melawat tapak pameran kami, beliau kelihatan sungguh teruja dengan projek kami yg telah menang itu. Penerangan projek di berikan oleh ketua projek kami, iaitu Dr Sevia. Dato NC sempat juga memberi idea supaya projek ini dapat di komersialkan. Buat pengetahuan semua, projek kami ini sudah ada syarikat yang berminat dan ingin menolong kami utk dipasarkan ke pasaran. Selain itu juga, projek2 kami juga telah di patent kan dan telah ada copyright. Ini bermaksud, jika ada mane2 pihak ingin meniru projek kami ini, mereka perlu mendapatkan kebenaran kami dahulu.

Nasihat Seorang Abang...

Ini merupakan isi kuliah subuh yang akan disampaikan kepada semua peserta JAMBORI JOHOR 2 yang akan diadakan pada 26-28/11/2010 bertempat di Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Program ini akan dihadiri oleh pelajar2 sekolah di sekitar Johor dan akan diselia oleh bekas pelajar2 IPTA di Johor dan luar negara. Anjuran KRIM Johor. 







Adik2 yang abang hormati dan kasihi sekalian..


Saban hari, kita dikejutkan dengan pelbagai cerita yg sungguh tidak enak utk didengari yg berkaitan dengan remaja. Saban hari juga, kita dikejutkan dengan kes2 pembuangan anak dan janin yg dilakukan oleh pelajar perempuan, manakala, kes2 samseng jalanan, ragut, rogol, samun dan sebagainya pula dilakukan oleh pelajar lelaki. Yg kebanyakannya adalah terdiri dari bangsa Melayu. Kenapa semua ini berlaku? 


Adakah salah didikan dan kurangnya kasih sayang dari ibu bapa? Mungkin...
Adakah disebabkan pengaruh rakan sebaya? Mungkin juga...
Pengaruh TV ( the stupid Black Box) ? Boleh jadi...


Tapi, bagi abang, punca utama semua masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh remaja melayu kita tidak punya jati diri..mudah terpengaruh dgn rakan2....Tidak punya prinsip hidup..Tidak punya hala tuju dalam kehidupan..Dan, Ramai yg tidak tahu akan kewujudan hari akhirat.. Nak masuk syurga @ neraka???? Jika semua ini tiada, ia akan menyebabkan segala macam kerosakan yg akan dilakukan oleh golongan remaja...Di sini kita akan berubah..Jika tidak disini, bila lagi? Jika tidak hari ini Bila lagi?






Bagaimana nak Mempunyai Jati Diri? 


Nak mempunyai jati diri memang ada pelbagai cara dan pelbagai pendekatan. Contoh, tentera dilatih untuk mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi adalah dengan dilatih melalui kekerasan dan hukuman yang berat. Tapi, kesannya, tidak semua yang mampu untuk bertahan dengan cara begitu, dan kebanyakannya akan memberontak dan menjadi dendam dikemudian hari. 


Sebagai seorang muslim, islam telah mengajar kita bagaimana untuk mempunyai jadi diri dan memantapkannya. Salah satunya adalah dengan menghayati sembahyang. Bagi saya, amalan melakukan sembahyang perlu disertakan dengan kesedaran bahawa sembahyang bukan setakat menunaikan tuntutan Allah semata-mata, tetapi berkaitan juga dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan. Hukum sembahyang yang Wajib adalah hak Allah yang mesti ditunaikan, tetapi hukum-hukum yang Sunnat dan Makruh adalah hak manusia (atas autoriti Allah) memilih sama ada untuk melakukannya atau tidak.


Hukum Sunnat dalam sembahyang, saya percaya berkaitan dalam proses pembentukan peribadi manusia. Satu contoh, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut 'Makruh sembahyang di laluan'. Makruh bermaksud tidak digalakkan. Terpulanglah kepada anda mentafsirkan 'laluan'. Bagi saya hukum ini baik untuk diambil i'tibar. Isunya, jika sembahyang di laluan, akan menyukarkan orang untuk lalu-lalang. I'tibar dari hukum ini ialah jangan membuat sebarang halangan yang menyukarkan orang lalu-lalang. Dalam hidup bermasyarakat, boleh diambil contoh-contoh yang selalu kita lihat. Cuba fikirkan, bagaimana kita meletak kenderaan, menghalang atau tidak. Bagaimana cara kita meninggalkan selipar atau kasut di depan pintu, menyukarkan orang keluar masuk rumah atau masjid atau tidak. Jika kita berdiri berbual di kaki lima, meletakkan barangan kita, adakah menyusahkan orang lain yang lalu-lalang. Pendek kata jika hukum ini dijadikan i'tibar untuk kehidupan kita, maka umat Islam adalah golongan umat yang berperibadi mulia. Banyak lagi hukum-hukum Sunnat dan Makruh dalam sembahyang yang boleh dijadikan i'tibar dan panduan hidup kita sama ada berkeluarga atau bermasyarakat. Ini hanya satu contoh sahaja. 

Allah berfirman didalam surah al-ankabut ayat 45 yang bermaksud..Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Jadi, dengan solatlah segalanya dapat diubah.. Jika peribadi kita tidak dapat diubah, maka, kita perlu mengubah cara dan penghayatan solat kita.. Begitulah betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sehingga, perubahan seseorang bergantung sejauh mana penghayatan seseorang didalam solat..

NILAI SEBUAH PENGORBANAN


Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang sangat sinonim dengan bulan menunaikan ibadah Haji dan ibadah korban. Tetapi hakikatnya, bulan ini lebih tepat dikenali dengan bulan menilai cinta ataupun nilai sebuah cinta. Kenapa cinta ? kerana sungguh banyak pengajaran yang  boleh kita dapat dari kisah ini sebenarnya.

Aku Menginginkan seorang anak
Nabi Ibrahim sangat menginginkan seorang anak. Keinginan yang sangat luar biasa dikala Nabi Ibrahim dan Isteri-isteri sudah lanjut usia. Keinginan dari yang KHALIL Allah iaitu kekasih yang sangat dikasihi .

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan (KHALIL)Nya. [Al-Nisaa' 4:125]

Akhirnya penantian demi penantian telah dimakbulkan oleh yang pencipta iaitu Allah yang Maha Agung. Lahirlah seorang anak yang sangat dikasihi dan dicintai , Ismail . Maka , bermulalah episode dimana cinta Nabi Ibrahim terhadap anaknya Ismail diuji oleh Allah. Diuji kenapa? Diuji keutamaan cinta yang agung. Sama ada memilih cinta Allah ataupun cinta kepada seorang anak dan juga isterinya Hajar. Akhirnya, atas perintah kekasih yang sangat dicintai , Allah, Hajar dan Ismail di hantar jauh dari pandangan mata ke bumi Makkah. Mereka ditinggalkan tanpa ada apa-apa sumber makanan dan tempat tinggal . Dengan hati yang tabah , Nabi Ibrahim menggagahkan diri meninggalkan mereka kerana baginda tahu, Allah pasti akan menjaga mereka.
Satu ujian Berjaya dilalui oleh Nabi Ibrahim demi membuktikan nilai dan keutamaan sebuah cinta.

Cinta agung seorang ibu
Ismail menangis kelaparan. Susu ibu semakin kering kerana tiada lagi makanan yang boleh di makan untuk menambah susu. Hati ibu tidak dapat menanggung derita melihat anak yang masih kecil menangis meminta susu kerana lapar. Kerana nilai kasih sayang yang mendalam seorang ibu terhadap anaknya, digagahkan diri berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, tetapi, tidak juga ditemukan dengan sumber makanan. Beliau berlari lagi dari Bukit Marwah ke Bukit Safa , tidak juga ditemui sumber makanan. “barang siapa berusaha dan tawakal, pasti Allah membantu” . Sebanyak 7 kali beliau berlari dari Safa ke Marwah, untuk mengharapkan ihsan Allah supaya dibantu anak kecil itu. Akhirnya, melalui hentakan kaki si anak, terpancutlah air tanda cinta Allah kepada Ismail dan juga hasil usaha yang dibuktikan oleh Hajar. Akhirnya, air itu telah di “zam-zam”kan untuk menjadi sumber minuman yang menyegarkan.

Begitulah hebatnya nilai sebuah cinta seorang ibu terhadap anaknya.

Rindu seorang ayah
Nabi Ibrahim sangat merindui Ismail dan Hajar. Digagahkan diri menuju bumi Makkah untuk bertemu buah hati yang selama ini ditinggalkan dengan penuh tawakal. Memang tidak dapat dinafikan, Nabi Ibrahim tetap seorang manusia yang punya rasa cinta dan rindu. Rindu yang dipendam bertahun lamanya. Bertemulah mereka di bumi Makkah, bumi cinta dan rindu. Ismail juga sangat merindui ayahnya, walaupun ditinggalkan. Tapi, kesan tarbiyah yang diberi oleh Hajar, seorang anak memahami keutamaan cinta si ayah yang merupakan seorang Nabi utusan Allah.
Sekali lagi cinta mereka teruji. Kali ini keutamaan cinta si ayah diuji dan juga kepatuhan si anak menjadi cabaran. Nabi Ibrahim mendapat “arahan” oleh Allah didalam bentuk mimpi untuk menjadikan anaknya sebagai korban tanda cinta. Mengorbankan yang orang yang dicintai dan dirindui. Cinta dan kasih Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi cintanya kepada Ismail menyebabkan baginda menggagahkan diri untuk memaklumkan kepada anaknya Ismail. Dalam menggapai cinta teragung, cinta perlukan keutamaan. Keutamaan memilih cinta, cinta siapa yang perlu diutamakan.
Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ternyata, Ismail juga sama seperti ayahnya Nabi Ibrahim. Ditarbiyah dengan baik oleh hajar untuk mengetahui cinta teragung, iaitu cinta kepada Allah perlu diutamakan. Ismail menerima segala apa yang diminta oleh Nabi Ibrahim kerana mereka berdua perlu membuktikan cinta mereka kepada sang Khaliq, sang pencinta yang paling agung, Allah.
Ternyata Allah memahami dan menerima korban cinta mereka demi Nya, digantikan korban cinta mereka berdua dengan korban yang sebenarnya berupa seekor Kibash (macam kambing biri-biri).
Sekali lagi, Nabi Ibrahim Berjaya membuktikan ketulenan cintanya kepada Allah, serta kali ini, si anak, Ismail juga berjaya juga menjadi seperti ayahnya Nabi Ibrahim membuktikan cinta.

Pengajaran
Kisah Ibrahim, Ismail dan Hajar sinonim dengan pengorbanan. Namun , sebelum pengorbanan, ujiannya adalah pada KEUTAMAAN. Keutamaan memilih cinta.
Melafazkan kalimah Laa Ilaaha Illallaah , bererti meletakkan cinta Allah mengatasi segalanya. Tetapi tekad Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk cintanya dikorban, membuktikan Ibrahim telah dan terus mencintai Allah, mengatasi segala-galanya, hatta Ismail, si anak, buah hati pengarang jiwa. Dan kejernihan serta ketulenan cinta Ibrahim kepada ALLAH itulah, yang menjadikan kasih Ibrahim kepada Ismail agung sebagai kasih seorang bapa kepada anak yang diabadikan dalam ibadah korban.
Segalanya telah terbukti, kisah cinta ini kisah cinta teragung, mengatasi kisah cinta Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet . Cinta tertinggi , cinta seorang ayah terhadap anaknya, kerana cintanya berhubung dengan tanggungjawab, amanah, keutamaan, pengorbanan, jauh daripada sekadar naluri emosi dan keinginan.

Dan segalanya, selepas cinta kepada Allah kekal tertinggi, tiada kompromi.

Andai Allah adalah keutamaan tertinggi hidup ini, kemanisan menggapai cinta dan iman menjadi keinginan.

Cinta perlukan pengorbanan,
Pengorbanan perlukan keutamaan,
Cinta Allah cinta yang tiada batasan,
Syurga dan rahmat Allah merupakan pengakhiran.

Mohd ‘Izzul ( Abu Muhammadyn)
JKC ISMA Johor.

25 September 2014