Home

Tuesday 7 October 2014

lotih nyo....

Pergh..letih nye...  minggu-minggu yang meletihkan. Letih menunaikan amanah kepada kerja, letih menunaikan amanah kepada dakwah, dan letih menunaikan amanah kepada keluarga. Rasa macam dah fed-up je buat semua ini. Aku ingat, lepas grad ni, tak da lah sibuk sangat, sebab mungkin masa yang lapang tu banyak. Ye la, tak perlu lagi pikir pasal study, assignment, dan test, tapi, rupa-rupanya, bila dah grad ni, lagi sibuk pulak. Kadang2 tu macam rasa nak pilih diantara 2 je, sama ada dakwah @ kerja/study. Kalau pilih dakwah, kena korbankan kerja, kalau pilih kerja, x perlu buat kerja dakwah...... Kalau pilih dakwah, tapi tolak kerja, nanti nak makan, pakai duit sape? ???????


Kalau dulu ketika belum lagi grad, aku sering dengar gejala keciciran dikalangan ikhwah dan akhwat yang baru grad. Bila grad je, pasti akan ada yang menghilangkan diri tanpa khabar berita, kalau ada berita pon, mereka akan bagi jawapan yang mereka tak mahu ikut dakwah lagi. Masa tu aku rasa yang mereka ni tak pikir panjang dan bodoh. Adakah mereka tidak merancang masa hadapan mereka dengan baik?...ermmm..Allah sahaja yg tahu..

 Baru aku tahu sekarang, betapa susahnya nak cari kehidupan selepas grad ni. Tambahan pula, nak kena bagi komitment terhadap dakwah . Ada 2 cara kita nak nilai sejauh mana komitmen seseorang pendakwah tu, kalau dia dapat harungi kedua-dua cabaran ini, insyaAllah,  dia mampu jadi seorang mujahid. 1st, mampu berkomitmen selepas grad/ tamat belajar, dan 2nd, mampu berkomitmen selepas bernikah. Macam mane la komitmen aku ni, mampu tak aku harungi kedua-dua hambatan ini. Rasa letih gilerrrr dan tension sangat bila dibebankan dengan dua tugas yang berbeza.

Kalau nak mengeluh dan ceritakan kepada manusia, tak semua akan paham, silap-silap akan dicop 'BODOH' oleh mereka yang tidak memahami tugas aku. Nak mengadu pada Allah, tahajud dan qiam susah nak bangun. Nak ke Allah terima doa orang yang jarang berqiamulail? ermmmm.. ontahlah..

Aku pernah berjanji pada diri aku yang aku akan terus memperjuangkan agama Allah ini sehingga aku syahid. 'agi hidup, agi gelaban'(betul tak?), selagi aku hidup , aku akan terus berjuang. Itulah moto aku, moto yang sering menjadi penguat kepada aku utk terus istiqamah di jalan ini.

Cuba bayangkan bagaimana sebuah rumah boleh dibina. Nak bina sebuah rumah yang cantik dan mampu memberikan keselesaan kepada penghuninya....Buruh yang membina rumah tu mesti letih giler punya, buat ketika panas terik, tak ramai boleh tolong, dan kadang-kadang, si buruh akan mengalamai kecederaan...Tapi itu semua untuk siapa? untuk keselesaan si penghuni rumah itu juga nanti. Kesusahan,keletihan,kesakitan dan kegembiraan kita bersama-sama didalam dakwah ini adalah untuk memberi kesenangan dan keselesaan generasi akan datang. Kesusahan, keletihan dan ke'tension'nan yang kita alami ketika ini hanyalah bersifat sementara. Allah akan membalasnya diakhirat kelak dengan ganjaran syurga.


“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana
fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuknunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah
s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah.
(Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim)

p/s : kepada yang belum grad, rancanglah perjalan hidup anda. Rancang dengan teliti supaya dakwah & tarbiyah kita tidak menjadi korban.

insyaAllah, aku akan berkongsi tips utk merancang masa hapadan nanti....tungguuuuuuuuuuuuuuu

Sunday 5 October 2014

Berkongsi, Suatu Keseronokan ....

Apakah erti sebuah kejayaan??


Apa guna kita mendapat kejayaan didalam pelajaran jika kita tidak berkongsi kejayaan dengan orang lain? Itu dipanggil kejayaan peribadi. Apa gunanya jika kita telah merasai nikmat kemanisan Iman, jika kita tidak mahu berkongsi kemanisan yang kita dapat dengan orang sekeliling kita?

Fitrah makhluk ciptaan Allah, mereka suka berkongsi.
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari" (27:18)

Lihat sahaja bagaimana seekor semut yang sayangkan rakan2 mereka daripada dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Inilah sikap suka berkongsi yang ada pada seekor semut yang telah Allah kurniakan.

Bagaimana dengan kita. Adakah kita telah lakukan seperti seekor semut dalam surah al-naml ayat 18 diatas? Pernahkan kita cuba menyelamatkan umat yang sedang rosak ini? Pernahkah kita cuba memberi seperti apa yang kita dapat kepada orang sekeliling kita? Mampukah kita menumpahkan kejayaan yang telah kita kecapi kepada anak2, dan keluarga kita? Itulah persoalan-persoalan yang akan terlintas di kepala kita jika kita tidak mahu untuk berkongsi.

Ia perlu dimulakan sekarang....Jika tidak sekarang, bila lagi?  jika tidak kita , siapa lagi?

Dakwah Fardiyah melatih sifat suka berkongsi. 


Nak berkongsi bukannya mudah. Ia perlukan latihan dari semasa ke semasa. Bagi yang suka berkongsi, ia tidaklah menjadi suatu masalah, tapi, bagi yang memang jenis pendiam, tidak pandai cakap banyak dan suka memendam perasaan, nak berkongsi bukanlah suatu yang mudah. Dakwah fardiyah merupakan medan utk kita melatih sifat perkongsian. Kita akan berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang kita cuba dekati terutama mad'u(objek dakwah).

Cuba bayangkan, segala ilmu yang kita perolehi sepanjang hidup ini baik didalam halaqah/usrah, ceramah dan seminar, kemana kita akan tumpahkan? Rugilah kita kerana ilmu yang kita perolehi hanya akan menjadi beku dan mungkin menjadi sampah busuk yang tidak berguna lagi. Dakwah fardiyah yang dilakukan oleh rasulullah adalah untuk berkongsi dengan umat islam ketika itu berkenaan dengan ayat quran baru yang diturunkan, hukum2 baru dan yang paling penting sekali, rasulullah ingin menyelamatkan umat daripada terus rosak. Semua ini dilakukan dengan dakwah fardiyah atas desakan dari sifat ingin berkongsi. 

Para sahabat sekalian,

Ramai dari kalangan pendakwah yang dahulunya sangat hebat ketika berdakwah di kampus, tetapi menjadi futur (lemah). Ini adalah disebabkan kerana mereka berdakwah hanya disebabkan faktor luaran. Faktor luaran yang saya maksudkan disini ialah mereka berdakwah kerana melihat masyarakat rosak semata-mata,dan merasakan dakwah adalah satu sunnah yang perlu diutamakan.

Cuba bayangkan, jika 2 tahun lagi masyarakat tidak lagi rosak, adakah releven utk kita berdakwah lagi?
Cuba bayangkan, jika selepas tamat belajar, kita sudah berumah tangga, pada mase itu, dakwah keluarga juga perlu diutamakan. Adakah kita kekal hebat seperti dulu?

Bagi seorang daie, sepatutnya, kesedaran utk berdakwah perlulah dimulakan dari dalam diri kita. Ia dipanggil Internal fact (faktor dalaman). Ia datang dari kesedaran dalam hati kita. Kesedaran daripada perasaan ingin berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Itu lah yang akan memacu kita untuk terus kekal istiqamah dijalan dakwah.

Akhir kata, IA PERLU DIMULAKAN DARI DALAM

Saturday 4 October 2014

Ini Bukan kerja Part Time Bro!!

Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang bergelar seorang DAIE sahaja.....



Setiap hari kita digemparkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh umat kita masa kini. Gejala pembuangan anak2, pembunuhan dan rasuan semakin menjadi wabak masa kini yang semuanya dihadapi oleh manusia terutama kepada mereka yang bergelar islam. Kenapa semua ini boleh berlaku? padahal, dakwah di Malaysia ini sudah lama bertapak. Pelbagai jemaah dakwah telah didirikan untuk memperbaiki masyarakat. Tetapi, kerosakan masyarakat semakin menjadi-jadi.

Sungguh sedih perasaan ini apabila memerhatikan gejala ini. Ini semua berpunca dari sikap pendakwah itu sendiri. Sesetengahnya yang menyertai dakwah hanya untuk mendapat nama, gelaran dan tidak kurang juga yang ingin mengejar pangkat dan jawatan. Tidak kurang juga pendakwah yang hanya berdakwah bila ada kelapangan masa sahaja. Sering juga kita mendengar terdapat perbalahan yang timbul diantara satu jemaah dgn jemaah yang lain. Padahal, mereka membawa risalah yang menjadi rahmat untuk seluruh alam. Macam mana nak dapat rahmat jika tidak bersatu. Bersatu disini bukannya bersatu jadi satu jemaah, tetapi, bersatu diatas dasar untuk merubah masyarakat. Jika jemaah A ingin melakukan sesuatu program untuk kebaikan masyarakat, sepatutnya jemaah B perlu menyokong kebaikan yang dilakukan oleh jemaah A. Baru masyarakat dapat di perbaiki...!!! ini mungkin hanya harapan....

Yang paling penting disini, apa yang aku nak kongsi bersama-sama adalah sikap pendakwah. Merasakan yang dakwah ini hanya kerja Part time dan hanya dilakukan bila masa free shj. Tidak hairan lah apabila masyarakat kita makin rosak. Sikap malas yang menyelubungi pendakwah akhirnya di balas oleh Allah dengan meningkatnya kerosakan Umat. Kadang2 tu rasa sedih juga melihat sikap ini yang dihadapi oleh pendakwah.

Disini aku meyeru dikau wahai pendakwah.. Marilah kita membuang sikap buruk ini hari ini, tika ini, saat ini.. JIKA TIDAK SEKARANG, BILA LAGI ??? BERUBAHLAH WAHAI SAHABAT..... semua ini untuk kemuliaan islam.. bangkitkan kembali singa yang tidur...

Thursday 2 October 2014

JANGAN BERMAKSIAT....

Seperti kebiasaannya, artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang telah beriltizam dan berjanji dengan Allah untuk terus membantu agama Allah ini. Ketahuilah, agama ini hanya tertegak di atas bahu orang2 yang memiliki azam yang kuat. Ia tidak akan ditegakkan diatas bahu orang2 yang lemah dan hanya suka melakukan maksiat.. TAK AKAN PERNAH !!!



Kebanyakan ikhwah yang telah lama berada didalam medan dakwah merasakan dosa-dosa kecil yang sering dilakukan sebagai dosa-dosa yang remeh kerana mereka telah beriltizam lama dengan jemaah dakwah. Kadang-kadang, mereka merasakan Allah akan melepaskan dosa-dosa mereka kerana mereka telah berkorban untuk agama Allah. Ini semua adalah symptom yang sering dialami oleh mereka yang bergelar pendakwah. Pada diawal-awal dakwah, kebanyakan daripada ikhwah mungkin tidak akan melakukan maksiat kerana pada waktu itu , mereka sedang mencari sebanyakan mungkin pahala dan dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tapi, apabila sudah berada lama didalam medan dakwah, kebanyakan ikhwah sering melalaikan dosa-dosa kecil, dan perkara-perkara syubhat. Akibatnya, mereka akan merasakan akibat yang dasyat dari Allah.. ROBOHNYA DAKWAH DITANGAN DAI'E.


Pernah ada seorang ikhwah yang melakukan perbuatan maksiat. Beberapa jam kemudian , ia terus mendapat hukuman daripada Allah atas maksiat yang telah dilakukan. Kalau dulu, sebelum ia beriltizam dengan dakwah,  ia sering melakukan maksiat, tapi ia tidak pernah langsung dihukum oleh Allah. "Sekarang, hukuman dari dosa maksiat ini, aku dapat sangat cepat, langsung dan kuat"...

Para pemegang amanah dakwah sepatutnya menjadi orang yang paling bertakwa kepada Allah,paling menghindari dosa-dosa kecil, dan paling menjauhi perkara-perkara syubahat, apalagi yang haram. Mereka melarang orang lain dari melakukannya, bagaimana mungkin, dia melakukan maksiat juga??

Lebih dari itu, kemaksiatannya akan melahirkan fitnah dikalangan kaum muslimin pada umumnya- saat mereka mengetahuinya-dan akan mengakibatkan hilangnya martanat qudwah dan uswah yang seharusnya menjadi perhiasan bagi setiap ikhwah.

Setiap ikhwah yang telah tergabung dalam sebuah jaah islam hendaknya mengingatkan diri dengan firman Allah:


Dosa dan maksiat adalah sumber malapetaka. Setiap kali ada bencana melanda, dosa adalah penyebabnya. Bencana hanya dapat dihentikan dengan Taubat. ada satu hadis mulia berbunyi :

"sesungguhnya, seorang hamba itu akan terhalangi dari rezeki oleh kerana dosa yang dilakukannya" (HR ibnu majah dan ahmad, dikatakan dhaif oleh syaikh albani)


Kita boleh merasa kesan dari maksiat yang kita lakukan. kadang-kadang hukuman yang di bagi oleh Allah bersifat maknawi. Mungkin kita tidak dapat merasa hukuman yang keras seperti dilanggar kereta, putus tangan, buta dan sebangainya, tetapi hukuman yang akan diterima oleh seorang ikhwah adalah dengan terhalangi untuk berqiamullai dan solat untuk bermunajat. Cukuplah menjadi hukuman baginya saat manisnya kelazatan beribadah menjadi hambar tiada rasa dan pahitnya penyesalan,kesedihan dan kegelisahan.

Akibat lainnya, sesungguhnya kemaksiatan itu akan mengantarkan pelakunya kepada kemaksiatan yang lain. Kemaksiatan akan melahirkan kemaksiatan berikutnya. Begitu seterusnya....

ISLAM TIDAK MUNGKIN MEMPEROLEH KEMENANGAN JIKAPARA PEMIKUL RISALAH DAKWAH ITU SERING MELAKUKAN MAKSIAT.. ISLAM TIDAK MUNGKIN MENANG !!!!

Wednesday 1 October 2014

Mengenang kembali tragedi oktober

"PASUKAN TRONOH"...dalam kenangan

  Assalamualaikum kepada semua sekalian.. ini hanya sekadar analisis ana sahaja. Harap boleh berlapang dada (hehe, sedap je suruh org berlapang dada).... mintak baca sampai habis dahulu....

   keputusan piala dunia 2010
PERANCIS (1) VS  (2) AFRICA SELATAN
ITALI          (2)  VS  (3) SLOVAKIA

  Mesti kalian ingat lagikan yang Perancis merupakan naib juara piala dunia 2006, manakala Itali pula adalah juara piala dunia 2006... Apa yang menariknya, edisi piala dunia 2010 ini, Itali dan Perancis tidak layak untuk memasuki pusingan kedua, bahkan telah dimalukan oleh pasukan yang tak kuat dan kerdil terutama sekali pasukan Slovakia. Perancis dan Itali telah dibarisi pemain-pemain yang bergelar bintang. Tapi, ternyata mereka sangat menghampakan serta mempunyai corak permainan yang sangat teruk. Berlagak 'star' je lebih mereka ni....

   Memang tu la hakikat dunia ini, biasanya pasukan yang kerdil dan tidak ternama mempunyai semangat dan semangat juang yang tinggi. Mereka semua berjuang bukan untuk nama, tapi mereka berjuang untuk mendapatkan kemenangan. Pangkat, populariti, dan sanjungan masyarakat bukan menjadi tujuan utama, tetapi, kemenangan serta dapat mengangkat nama negara mereka kemata dunia adalah agenda mereka. Walaupun, mereka pasukan kecil, tapi jangan dipandang remeh....

Apa kaitannya dengan dakwah????

Masih ingat lagi dengan 'Pasukan' yg telah dibentuk di madrasah tronoh ? sebuah 'pasukan' yg kecil, tetapi mempunyai keahlian dan pemain yang sungguh bersemangat. Tidak pernah kenal erti letih. Walaupun 'pasukan' kecil, tetapi mereka telah menggemparkan 'pasukan2' yang jauh lebih besar dan sudah lama wujud. 'pasukan2' yang sudah lama wujud itu bukan tidak pernah menggunakan tektik yang digunakan oleh 'pasukan tronoh', bahkan, mereka juga mempunyai pemain2 dan jurulatih yang cukup hebat dari segi tektikal dan sumber kewangan yang sangat stabil. Bukan susah pun, apabila mereka mahu adalakn latihan ketempat yang jauh, tak perlu keluar duit pun, hanya perlu klim je dgn 'pasukan' mereka. Akhirnya, mereka menghasilkan pelapis dan pemain yang malas nak berinfak dan hanya tau klim je.... Jika mereka merasakan yang 'pasukan' kecil ini semakin hebat permainannya dan semakin disanjung oleh masyarakat, habis segala fitnah dikeluarkan untuk meraih kembali sokongan masyarakat terhadap mereka.

Macam mana 'pasukan tronoh' ini boleh menghasilkan pemain2 yang sungguh bersemangat?  Pasukan ini telah dipimpin oleh seorang doktor, bahkan tiada 'lesen' pun nak kemudi sebuah pasukan. Tetapi, disebabkan semangat nak mengembalikan kegemilangan dakwah di malaysia ini, dia telah membentuk jiwa2 muda dan telah melatih pemain2 dengan pelbagai tugas yang sukar. Mana tidak nya, mereka lah pemain,merekalah 'kerani, merekalah 'akauntan', merekalah juga 'tukang buat air'. Akhirnya, si 'pengurus' itu mampu menghasilkan dan membentuk pemain yang mampu melakukan banyak perkara diusia muda. Setiap kali mengadakan latihan dan bermain dimerata tempat, bukan mereka dapat gaji atau elaun pun, bahkan mereka pula yang terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan. Alangkah seronoknya berada didalam pasukan ini.

"baik awak semua ikut 'pasukan' kami, 'pasukan' kami diiktiraf oleh 'FIFA'.." pujuk seorang ustaz yang merangkap pengendali 'pasukan' lain.
"maaf la ustaz, kami selesa memilih pasukan yang mendapattalaqi langsung dari mesir" ujar 'captain' kami.
"apa !! 'pasukan' itu tidak diiktiraf. dan...........bla........(fitnah)" sambung ustaz tu...
"x pe la ustaz..bukan masuk neraka pon, sekurang-kurangnya, x da lah mereka memfitnah orang lain...." jawapan yg selamba dari 'captain' kami...

Itulah realiti semasa. Membeli pemain dengan memfitnah 'pasukan' lain.

Seperti permainan bola yang sebenar. Pasti akan ada musim perpindahan pemain dari satu pasukan ke pasukan yang lain. Ada yang berpindah disebabkan kontrak sudah tamat, ada juga yang berpindah kerana dibeli dan ada juga yang berpindah kerana sudah tiada ketidak fahaham lagi dengan pihak pengurusan. Tidak kurangnya juga yang meminta untuk bersara awal. Begitu juga dengan dakwah, ada yang sentiasa bertukar jemaah kerana sudah bosan dengan jemaah yang mereka sedang ikut, ada juga yang berpindah kerana cuba mencari perubahan dan ada juga yang berpindah kerana telah mendengar fitnah yang dilemparkan oleh pihak luar yang tidak senang dengan kejayaan orang lain dan cuba untuk 'MENCURI' hasil didikan orang lain. Itulah realiti yang berlaku.......

Begitu juga dengan kami, perpindahan kami ingin mencari pembaharuan kepada 'pasukan' kami. Perpindahan ini ingin mencari pembaharuan dan menyertai 'pasukan' yang sudah kukuh dan mempunyai sistem yang baik. 'Pasukan' yang baru kami sertai ini mempunyai jurulatih dan pihak pengurusan yang mempunyai 'LESEN' dan kepakaran yang sangat2 kami tagih selama ini. Segala ilmu dan pengalaman yang kami perolehi di 'pasukan tronoh'  akan kami serap dan amalkan kedalam 'pasukan' baru kami. Pengorbanan, komitmen yang tinggi dan tidak akan memberi alasan didalam apa jua situasi merupakan pelajaran dan tarbiyah yang baik yang telah kami perolehi dahulu... Kepada pihak pengurusan lama kami iaitu 'pasukan tronoh', ingatlah, perpindahan kami ini kerana kami cintakan kalian dan kami sayangkan kalian. Hanya ini yang kami mampu lakukan. Doakan perjuangan kami....

"komitmen dalam dakwah adalah dengan banyak mencari jalan untuk memperkuat dan hadir program dakwah, bukannya dengan mencari alasan dalam tidak melaksanakan perintah dakwah.....Andaikata jalan yang dicipta tidak berhasil, Ingatlah, Allah melihat usaha dan pekerjaan kita.." (Dr Abu Muhammad )

Hebatnya Hajar..

Hajar adalah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan umat islam. Lagi2 lagi, nama ini sering kali disebut oleh penceramah2 sepanjang bulan zulhijjah ini. Nama yang cukup sinonim dengan pengorbanan seorang ibu dan seorang isteri. Cuba kita bayangkan, seorang isteri di tinggalkan seorang diri bersama anaknya Ismail a.s di satu gurun yang tandus. Tidak punya apa-apa. Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Ibrahim atas perintah dari Allah.


Walaupun ditinggalkan cukup lama oleh Ibrahim, tapi, Hajar berjaya mendidik Ismail supaya tidak membenci ayahnya Ibrahim. Walaupun ditinggalkan oleh ayahnya, Ismail masih lagi taat dengan perintah Allah, hatta telah menjadi seorang anak yang soleh dan seorang Rasulullah. Begitulah betapa hebatnya didikan dan tarbiyah seorang isteri yang bernama Hajar. Begitulah sewajarnya tugas seorang isteri yang telah dididik dengan tarbiyah islam, menjadi seorang ibu yang akan mentarbiyah anak-anaknya sewaktu ketiadaan suaminya.

Tapiiiiii, itu kisah Hajar,Ismail dan Ibrahim... Bagaimana pula dengan kita? ini mungkin pemerhatian aku yang masih bujang dan tidak pernah mengetahui liku2 hidup berkeluarga.

Pernah dulu seorang ikhwah memberitahu aku,katanya,"kalau kita nak tengok komitment seseorang ikhwah tu, kita tengok komitment dia selepas dia bernikah".. kenapa ye???

Kalau waktu bujang tu, memang la boleh komitment yang mantap.. Takda beban yang ingin dipikul. Hidup nafsi-nafsi je. Tapi, bila dah nikah, baru tau langit tu tinggi tau rendah..hehe..

Tapi kenapa selepas bernikah, kebanyakan komitmen ikhwah didalam dakwah menjadi semakin kurang? adakah silap zaujah? ataupun, si ikhwah tu memang tengah melemah. Ada sahaja berbagai alasan yang diberikan. Disinilah peranan seorang zaujah untuk menjadi pendorong kepada zauj untuk bergerak aktif didalam dakwah. Biasalah, manusia, memang ada kalanya jadi malas.. Kena ada orang yang menguatkan dan mendorongnya semula untuk jadi aktif... Aku sendiri tidak tahu kenapa kebanyakan ikhwah semakin kurang komitmen selepas nikah, sebab aku sendiri tak nikah lagi. So,aku tak nak komen banyak..Takut ada yang tersinggung.. Apa yang aku ingin nyatakan disini adalah, tugas seorang zaujah yang sepatutnya menjadi pendorong kpd seorang zauj untuk aktif berdakwah..Jangan biarkan zauj hanya melepak sahaja dirumah TANPA berbuat apa2.

Aku memohon kepada Allah supaya dikekalkan kekuatan dakwah yang aku perolehi ketika bujang ini sehingga aku telah menikah nanti..Risau juga hati ini, kalau hanya tau kritik dan komen orang je.. Aku memohon kepada Allah juga semoga di kurniakan aku seorang zaujah yang akan menjadi pendorong dan penguat kepada aku untuk terus aktif dalam dakwah..

Tuesday 30 September 2014

Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya

Sungguh nikmatnya apabila dapat hidup didalam hidayah Allah. Jika dulu, sebelum dapat mengecapi hidayah dari Allah, sering kali hati ini merasa resah dan gelisah. Ada sahaja kebimbangan yang membelenggu hati. Semakin lama melayari bahtera dakwah bersama duat, semakin banyak yang aku pelajari, dan semakin banyak tarbiyah yang aku terima. Didalam saff dakwah ini, aku banyak mempelajari cara untuk berhadapan dengan manusia, baik dari segi menjadi seorang penasihat, guru atau pun tempat  ikhwah melepaskan tension. Dengan ini juga, aku dapat mempelajari physiology manusia, dan sedikit sebanyak dapat mentarbiyah diriku.


Aku seorang yang mudah marah dan panas baran. Ni bukan aku cakap,tapi ikhwah yang cakap. Tapi, Allah Maha Hebat. Allah datangkan pada aku ikhwah2 yang mempunyai sifat macam aku untuk aku kendalikan.Akhirnya, aku mampu mengawal kemarahan dan banyak bersabar dengan kelakuan ikhwah2. Begitulah cara Allah mentarbiyah kita.


Ada juga sesetengah ikhwah yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat. Jadi, Allah datangkan kepada mereka ikhwah2 dan kawan2 yang sukar menerima pendapat dan suka berdebat juga. Apa tujuannya? Supaya mereka boleh memperbaiki kelakuan meraka apabila mereka berasa tertekan bila berhadapan dengan orang sebegini. Dan akhirnya, mereka boleh berlapang dada dan menjauhi perdebatan.
Begitula cara Allah mentarbiyah kita.

Kita akan didatangkan oleh Allah orang2 yang mempunyai kelakuan-kelakuan yang buruk seperti yang kita ada. Kita akan terus diuji oleh Allah dengan kelakuan mereka sehingga jelas oleh Allah kita boleh merubah sikap kita. Selagi kita tak berubah, kita akan terus diuji.  Beginilah Cara Allah Mentarbiyah HambaNya...Jangan suka menyalahkan orang lain, kerana, kita juga berkelakuan seperti mereka...Jadi, berubahlah !!