Home

Monday 7 November 2011

Sukarnya Menjadi Suami...

Hampir 9 bulan aku bergelar seorang suami. Suami kepada seorang aktivis dakwah. Apa yang aku bayangkan sebelum nikah sungguh jauh dari realiti sebenar. Alhamdulillah, disebabkan aku bernikah dengan seorang wanita yang sangat memahami kesibukan aku berkerja dan berdakwah, banyak tanggungjawab aku telah dapat diselesaikan. Syukur ya Allah..

Sungguh besar hikmahnya jika bernikah dengan wanita yang menjaga agamanya.. Ramai orang beranggapan bahawa wanita yang memakai tudung adalah wanita yang beragama yang dimaksudkan dengan hadis nabi. Ternyata mereka silap.. Yang dikatakan wanita beragama adalah wanita yang menjaga agamanya dan juga tahu untuk mendidik anak-anak mengenal Allah.

Amatlah malang kepada mereka yang meletakkan diri dalam risiko kerana memilih wanita yang tidak tahu menjaga agamanya. Ini adalah kerana, sebagai seorang suami, ketersibukan kita berkerja kadang kala menyebabkan kita tidak mampu memantau ibadah isteri kita dan juga ibadah anak-anak kita. Tapi, jika kita bernikah dengan wanita yang tahu menjaga agama, insyaAllah segala permasalahan akan selesai dengan mudah.

Memilih isteri yang pandai memasak juga merupakan suatu keperluan kerana, dengan sumber kewangan yang sangat kritikal, agak berisiko jika kita sering makan diluar.. Alhamdulillah, isteriku sangat pandai memasak.. Dalam masa setengah jam, dua jenis lauk mampu disiapkan. Syukur kepada Allah..

Nasihat untuk kawan2 yang belum bernikah dan sedang memikirkan siapakah bakal pasangan ; apalah gunanya memilih pasangan dari puak/suku/golongan yang sama jika tidak pandai menjaga agamanya dan agama anak2 yg bakal dilahirkan.. Jika memilih pasangan yang turut sama berdakwah , inysaAllah pasangan kita sudah tergolong dalam golongan yang pandai menjaga agamanya dan agama anak2nya.. Jadi, kenalah memilih dalam pilihan.. Jangan menyesal dikemudian hari..

Tuesday 20 September 2011

Tips #3 : Orang Lain berjaya, adakah kita juga berjaya ??



Lebih dua minggu aku tidak menulis untuk tips ke-3 ini.. Ramai juga yang bertanya dan ternanti-nantikan tips  seterusnya selepas tips ke-2. Aku sebenarnya berat hati untuk menulis tips ke-3 ini kerana, ia merupakan tips  yang paling kontroversi serta berisiko tinggi untuk di ikuti dan dicontohi... Adakah anda bersedia untuk mengetahuinya ????

Tips ini aku gunakan semasa aku berada di tahun 2 semester kedua di UTM. Aku dapat tips ini dari seorang sahabat di IPT lain.
Salah satu tabiat aku kalau berjumpa dengan sahabat-sahabat yang seusia dengan ku yang sudah bernikah sewaktu  masih menuntut di IPT, aku pasti akan bertanyakan kaedah macam mana mereka boleh bernikah dengan awal,  apa halangan, macam mana nak pujuk family dan lain-lain.. Dan ini adalah salah satu tips yang paling berisiko pernah aku dengar dan aku pon try tanpa berfikir panjang..

Ada seorang sahabat ni, dia bernikah ketika masih menuntut di tahun 2 di Universiti X. Salah satu sebab kenapa dia dapat nikah awal adalah kerana keputusan peperiksaan dia semakin merosot. Dia memang terkenal sebagai student yang memang cerdik dan rajin. Jadi
tak mustahil dia boleh masuk di IPT tu. Tetapi, lama-kelamaan, family dia dapat mengesan kemerosotan prestasi akademik sahabat aku ini. Family dia pon bertanyakan kepada sahabat aku ni kenapa prestasi dia semakin merosot. Jadi, dia pon bagi tahulah yang dia tertekan dengan suasana di universiti X. Dia menceritakan yang di Universiti X ini, budak perempuan dia seksi2 dan mengoda. Dia susah nak tumpu kepada
pelajaran. Itulah sebabnya akademik dia merosot. Untuk meningkatkan semula keputusan, dia perlu bernikah untuk berasa lebih tenang..Jadi, family dia pon setujulah dia bernikah untuk meningkatkan semula prestasi akademik dia..

Daripada kisah kawan aku ni, aku pon mulalah merancang stratergi ini. Disebabkan sepanjang 3 semester aku berada di UTM dan kalau  diambil kira sekali keputusan aku di matrikulasi, aku tidak pernah dapat bawah dari 3.0.. Aku merasakan tibalah masanya aku menjatuhkan
keputusan peperiksaan aku semata-mata untuk bernikah (keputusan yang paling bodoh pernah aku buat).. Jadi pada tahun kedua semester kedua ini, aku berazam untuk dapat pointer bawah 3.0 (Misi orang bodoh).. Jadi, untuk dapat pointer bawah 3.0, aku perlu ponteng kelas, dan kena pastikan tak hantar tugasan yang di beri oleh pensyarah.. Jadi, hasil daripada target yang aku letak, aku memang telah berjaya dapat bawah 3.0.. Bahkan, aku telah dapat keputusan
yang paling teruk sekali, iaitu 2.07.. sikit lagi nak dapat bawah 2.0.. Siap aku dapat surat amaran oleh penaja biasiswa aku..Tak apa, nak nikah punya pasal.. Aku sanggup berkorban.. Jangan bermimpi untuk bernikah, kalau tidak sanggup untuk gagal exam (kata-kata prince izzul)..huhu

Jadi, aku pon cuba la pujuk family aku dengan menunjukkan result aku yang super teruk ini.. "Biarlah kau dapat ape sekali pon, kau tetap tak boleh nikah masa tengah belajar.. muktamat.. jangan mintak-mintak lagi" kata mak aku...Oh, apa lah nasib diriku ini.. Apasal lah stratergi yang kau rancang mesti tak menjadi.Ternyata, aku telah membuat satu keputusan yang sangat BODOH sehingga aku telah merosakkan terus pointer aku sehingga aku grad walaupun aku dapat lebih dari 3.0 setiap semester.. Dah lah tak dapat nikah, pointer jatuh merudum disebabkan satu  je yang spoil.. Memang aku menyesal gilerrrrr..  Detik hitam aku bermula..
Aku dah mula malas nak belajar.. Rasa nak berhenti pon ada.. Rasa macam bodoh je..Tak fikir panjang..

Nasihat untuk para pembaca diluar sana.. Tolong lah fikir masak-masak sebelum buat sesuatu keputusan, lagi2 keputusan yang akan merubah segala-galanya dalam hidup anda.. Nak menyesal pon dah tak berrguna.. Nasi sudah jadi bubur.. "menyesallah sudah" (lagu SM Salim).. Keputusan terletak ditangan anda.. Terlajak kereta boleh diundur, terlajak keputusan, buruk padahnya... Fikir2 kan.. Selamat beramal... Tunggu Tips ke-4... (tapi lepas bulan 10 la.. sekarang ni tengah busy sebab nak berhenti kerja.. nak siapkan kerja2 yang lama...) adios amigos.. 

Thursday 11 August 2011

Tips Nikah Awal... Tahun Kedua di UTM

Assalamualaikum semua.. Kali ini aku ingin berkongsi tips ke-2 untuk nikah awal. Tips ini hanya sesuai dilakukan kepada family yang memang susah nak bgi korang kawin awal. Tapi kalau korang rancang strategi dengan baik, insyaAllah ia akan berhasil. Kalau paling lewat pon selepas 1 tahun korang habis belajar. Macam aku.. huhu

Pada tahun kedua aku di UTM, macam2 perkara yang aku buat untuk memberikan keyakinan kepada parents aku supaya bagi aku nikah cepat. Ramailah kawan2 yang telah bersubahat dengan aku untuk menjayakan misi aku. Hati semakin bergelojak nak nikah cepat ni.. setiap hari tersengeh sorang2 macam orang tengah angau.

sewaktu aku tahun 2, aku telah menjalankan 2 perniagaan. Pertama, tempahan buku agama dari indon. Kedua, Tempahan Jaket dari indon juga. Kenapa aku pilih nak tempah buku dan baju di indon?.... Di indon, barang2 dia murah. jadi kalau jual kat malaysia, kita boleh untuk 200% ooooo.. Memang mewah la aku mase tu. Tapi, seperti biasa, duit yang aku dapat, banyak aku habis bagi kat parent aku..( nak boddek la katakan )...

Tips kedua yang diajar oleh Bro Jaafar kepada aku ialah....... Aku dimintak untuk bayar sendiri zakat fitrah aku. Katanya, aku tidak perlu lagi bergantung kepada parent aku. Nanti , sure parent rasa kita dah boleh berdikari. Ape lagi, ramadhan tahun tu, aku pon bagi tahu kepada ayah aku yang aku nak mintak dilepaskan dari ayah bayarkan zakat fitrah untuk aku. Biar aku bayar sendiri. So, sehingga aku dah nikah, aku dah tidak kekok untuk bayar zakat fitrah ke amil zakat masjid.

Pernah juga aku lihat mama aku keletihan buat kerja sorang-sorang kat rumah. Memandangkan aku ni anak mithali, jadi, aku pon tolonglah mama aku.. Sambil2 aku tolong, aku selitkan lah beberapa persoalan untuk mama aku..
" kesian mama but kerja sorang2.. "
"kau lah yang tolong mama"..kata mama...
"yang along maksudkan tu, kalau ada menantu perempuan yang tolong kan lagi bagus..hehe" ..

Apa lagi, mama aku dengan sempoi terus campak penyapu yang dia tgh gunakan untuk menyapu laman rumah sambil marah2..
"nah ko ambik penyapu ni.. kau sapu sorang2"..
" kalau kau tolong ni ada muslihat lain, baik tak payah tolong, buat sakit hati je kau ni "

aku pun gelak la seorang diri..huhu

Tak pe.. lame2 nanti ok lah tu..

 Nak tahu tips ketiga ??? tungguuuuuuuuuuuuuu ..........

Wednesday 3 August 2011

Tips Nikah Awal... Tahun Pertama di UTM

Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak kongsi sikit tips macam mana nak nikah awal. Tapi, aku tak da lah nikah awal sangat. Hanya beberapa bulan sahaja lepas konvo dari UTM. Harap2 dapat membantu sahabat2 yang lain yang dah tak sabar(yang dah gatal kot..huhu) nak nikah awal. Ini semua dari pengalaman aku tau..

Aku mula merancang nak bernikah ketika aku masih lagi pelajar tahun 1 sem 1 di UTM (gersang sangat nak bercouple). Ini semua berpunca dari bekas murobbi aku yang banyak menceritakan berkenaan untuk membina Baitul Muslim padahal dia sendiri tak nikah-nikah lagi. Waktu aku pelajar tahun 1, aku sudah membuka kedai pisang goreng bersama bro jaafar dan kina . Menurut ofis yang mengeluarkan kebenaran kami berbisnes,gerai kami adalah gerai pisang goreng yang diuruskan oleh pelajar di dalam UTM.Untung memang untuk la, tapi penat dia tak terbayang ooo. Jadi hasil keuntungan yang aku dapat, aku belikan hadiah untuk memujuk mama aku. Giler kering la aku masa tu, ni semua sebab asyik kena pujuk oleh ramai ikhwah.

Apa lagi, aku pun cuba memujuk mama dan ayah untuk bernikah awal sambil menceritakan perancangan aku selepas bernikah. Aku buktikan kepada mereka bisnes yang aku buat dan mampu menghasilkan pulangan lumayan. Aku ingat lagi sewaktu first time mintak nak nikah, aku duduk kat depan TV dgn family aku semua ada termasuk mama dan ayah. Hati berderau nak cakap + takut. Aku terus mengsempoikan diri nak mintak nikah dari ayah aku.. Tiba-tiba ayah aku menjerit- menjerit ke arah aku dengan nada yang sangat marah. "kau nak bagi makan ape kat bini kau nanti ? Pasir ? " tempik ayah aku.. " ape pulak makan pasir, makan nasik la. tak kan sebelum kawin makan nasik, tapi lepas kawin makan pasir pulak.." bangga gile aku dapat menjawab dengan kemas soalan ayah aku.. Tapi lepas tu aku terus nangis ooo...Mama dan ayah tak memahami aku.. :-(

Jadi, aku pun balik ke UTM semula.. Aku menceritakan perkara ni kepada seorang yg ikhwah dah nikah waktu tu. Dia pon ajar aku step kedua untuk memujuk mama dan ayah aku...

Nak tahu Step kedua yang aku buat ape?? tunggu .................. :-)

Tuesday 2 August 2011

Cucu Lobai kini kembali.....

Assalamualaikum semua.. kini, aku kembali semula selepas hampir 7 bulan aku tidak menulis blog, sehingga akhirnya, blog asal aku (http://cuculebai.blogspot.com/ ) tidak dapat lagi aku buka kerana terlupa password. 7 bulan tidak menulis blog merupakan satu tempoh yang lama bagi aku.. Ramai follower yang marah dan menegur aku kerana tidak meng"update" lagi blog. Bukan ape kawan2, kerja aku banyak gilerrrrr...

Kenapa Senyap ??

  1. Selepas aku melangsungkan perkahwinan dengan gadis penulis blog (http://satukalimahahad.blogspot.com/ ) pada 30 januari 2011 lalu, aku secara rasminya tidak lagi menulis blog kerana sudah mempunyai teman baru untuk berbicara dan meluahkan perasaan. So, tak perlulah aku sembang dengan orang lain lagi... Tapi ternyata keputusan aku tidak tepat.Nak kena menulis juga (ketagih)..                                                                                                                               
  2. Aku sekarang ni bekerja sebagai seorang jurutera elektrik di sebuah syarikat perunding. Nama syarikat aku ialah, Jurutera Perunding BZ(baca Busy).. So, dah nama syafikat pon BZ, kerja aku memang BZ giler la. Kerap jugalah aku balik lewat malam untuk menyiapkan kerja aku.. Mujurlah ada isteri aku yg menemani aku.Takda lah aku kebujangan lagi.                                  
  3. Sudah lama aku tidak membaca buku2 dakwah kerana banyak giler kerja. So, kalau tak membaca, macam mana nak menulis, takkan kan goreng dan sembang2 kosong je.. Kalau dulu masa bujang, dan belajar, aku mampu menghabiskan sebanyak 5- 8 biji buku dalam masa sebulan. Tapi sekarang ni, 1 buku dalam 8 bulan pon susah nak habis. Tu yang rasa tak bersemangat nak menulis blog tu.                                                                                                                                               
  4. Masa aku masih student dulu, agak kerap jugalah aku dijemput menjadi pengisi/penceramah/ ahli panel forum.. Jadi, bila nak bagi ilmu pada orang, aku kenalah penuh dengan ilmu dulu dan kena banyak membaca. Tapi sekarang, memang aku dah lama tidak dijemput untuk berceramah dan telah menyebabkan aku malas nak membaca dan membuat kajian.                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Azam Baru Bulan Ramadhan 


Azam aku kali ini supaya dapat terus kekal menulis dan berkongsi pengalaman tarbiyah dengan sahabat2 yang selesa membaca tulisan ini. Nantikan post2 terbaru dari aku ye !!!