Kenapa Senyap ??
- Selepas aku melangsungkan perkahwinan dengan gadis penulis blog (http://satukalimahahad.blogspot.com/ ) pada 30 januari 2011 lalu, aku secara rasminya tidak lagi menulis blog kerana sudah mempunyai teman baru untuk berbicara dan meluahkan perasaan. So, tak perlulah aku sembang dengan orang lain lagi... Tapi ternyata keputusan aku tidak tepat.Nak kena menulis juga (ketagih)..
- Aku sekarang ni bekerja sebagai seorang jurutera elektrik di sebuah syarikat perunding. Nama syarikat aku ialah, Jurutera Perunding BZ(baca Busy).. So, dah nama syafikat pon BZ, kerja aku memang BZ giler la. Kerap jugalah aku balik lewat malam untuk menyiapkan kerja aku.. Mujurlah ada isteri aku yg menemani aku.Takda lah aku kebujangan lagi.
- Sudah lama aku tidak membaca buku2 dakwah kerana banyak giler kerja. So, kalau tak membaca, macam mana nak menulis, takkan kan goreng dan sembang2 kosong je.. Kalau dulu masa bujang, dan belajar, aku mampu menghabiskan sebanyak 5- 8 biji buku dalam masa sebulan. Tapi sekarang ni, 1 buku dalam 8 bulan pon susah nak habis. Tu yang rasa tak bersemangat nak menulis blog tu.
- Masa aku masih student dulu, agak kerap jugalah aku dijemput menjadi pengisi/penceramah/ ahli panel forum.. Jadi, bila nak bagi ilmu pada orang, aku kenalah penuh dengan ilmu dulu dan kena banyak membaca. Tapi sekarang, memang aku dah lama tidak dijemput untuk berceramah dan telah menyebabkan aku malas nak membaca dan membuat kajian.
Azam Baru Bulan Ramadhan
Azam aku kali ini supaya dapat terus kekal menulis dan berkongsi pengalaman tarbiyah dengan sahabat2 yang selesa membaca tulisan ini. Nantikan post2 terbaru dari aku ye !!!
No comments:
Post a Comment